Nuffnang

Tuesday 5 March 2013

HUGO CHAVEZ (1954-2013)


Hugo Chavez (1954-2013) 'champion of the oppressed' telah pergi berehat selama²nya.

Ketika Israel mengebom Lubnan dalam tahun 2006, Chavez lah yang menghantar pulang Duta Israel ke Venezuela. Chávez lah yang menyamakan Israel dengan Nazis. Chavez lah yang menuntut Israel dihadap ke International Criminal Court. Ketika perang Gaza 2008-2009, Chavez lah yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Pada 27 April 2009 Chavez lah yang mengiktiraf Palestin dan mengadakan hubugan diplomatik dengan Palestinian Authority. Pada 29 November 2012, Venezuela di bawah Chavez lah yang mengundi supaya Palestin diberi observer status di United Nations.

Chavez lah yang membantu orang susah, dan datang dari keluarga miskin (bukan bangsawan) -

"The facts speak for themselves: the percentage of households in poverty fell from 55% in 1995 to 26.4% in 2009. When Chávez was sworn into office unemployment was 15%, in June 2009 it was 7.8%. Compare that to current unemployment figures in Europe. In that period Chávez won 56% of the vote in 1998, 60% in 2000, survived a coup d'état in 2002, got over 7m votes in 2006 and secured 54.4% of the vote last October. He was a rare thing, almost incomprehensible to those in the US and Europe who continue to see the world through the Manichean prism of the cold war: an avowed Marxist who was also an avowed democrat"

BILA AGAK-AGAKNYA KITA DI SINI AKAN MENDAPAT SEORANG NEGARAWAN SEPERTI INI, YANG KEMATIANNYA BENAR-BENAR DITANGISI?


http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2013/mar/05/hugo-chavez-people-venezuelan-president
Belasungkawa:

Hugo Chavez (1954-2013) 'champion of the oppressed' telah pergi berehat. 

Ketika Israel mengebom Lubnan dalam tahun 2006, Chavez lah yang menghantar pulang Duta Israel ke Venezuela. Chávez lah yang menyamakan Israel dengan Nazis. Chavez lah yang menuntut Israel dihadap ke International Criminal Court. Ketika perang Gaza 2008-2009, Chavez lah yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Pada 27 April 2009 Chavez lah yang mengiktiraf  Palestin dan mengadakan hubugan diplomatik dengan Palestinian Authority. Pada 29 November 2012, Venezuela di bawah Chavez lah yang mengundi supaya Palestin diberi  observer status di United Nations.

Chavez lah yang membantu orang susah, dan datang dari keluarga miskin (bukan bangsawan) - 

"The facts speak for themselves: the percentage of households in poverty fell from 55% in 1995 to 26.4% in 2009. When Chávez was sworn into office unemployment was 15%, in June 2009 it was 7.8%. Compare that to current unemployment figures in Europe. In that period Chávez won 56% of the vote in 1998, 60% in 2000, survived a coup d'état in 2002, got over 7m votes in 2006 and secured 54.4% of the vote last October. He was a rare thing, almost incomprehensible to those in the US and Europe who continue to see the world through the Manichean prism of the cold war: an avowed Marxist who was also an avowed democrat"

BILA AGAK-AGAKNYA KITA DI SINI AKAN MENDAPAT SEORANG NEGARAWAN SEPERTI INI, YANG KEMATIANNYA BENAR-BENAR DITANGISI?

http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2013/mar/05/hugo-chavez-people-venezuelan-president

Monday 4 March 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH

BREAKING NEWS!! Serangan Besar-besaran Terhadap Penceroboh #LahadDatu Dilancarkan!! #Pray4Sabah

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

ARMOUR PERSONNEL CARRIER


Operasi Pembersihan di Kg Tandou oleh ATM telah bermula dengan serangan udara (AIRFORCE BOMBINGS) & menggunakan APC (ARMOUR PERSONNEL CARRIER). Minta semua mendoakan keselamatan pasukan keselamatan negara kita!!

PENGAKUAN SULTAN SULU !!!!! SAHIH SABAH MILIK MALAYSIA !!!!!

Apa perlunya menuntut negara yang sudah maju .. mengapa tidak kita fikirkan sulu yang masih mundur, mereka cuma ingin mengambil kesempatan diatas kemajuan Sabah yang secar terangnya sudah pun menjadi milik Malaysia. 

Semangnya kerajaan Malaysia masih lagi membayar ufti sebanyak RM5300 yang bersamaan dengan Peso 73,0000  kepada ulama Ukah di Jolo. 

Pada pandangan peribadi baginda juga,mengesahkan hanya KIRAM sahaja yang berhak untuk bercakap tentang Sabah, termasuk lah filipino juga tidak berhak untuk bercakap dan menuntut Sabah dari Malaysia. 

Jadi mengapa perlu kia kecoh-kecoh yang menuntut Sabah,sedangkan kehadiranya di Sulu pada ketika waktu ditemubual oleh wartwan mystar adalah dengan niat untuk memajukan Sulu yang telah lama tidak menerima pembangunan. 
 
 
Video temubual yang sudah cukup dijadikanbahan bukti kepada mereka yang masih berkeras untuk terus memberontak didalam bumi Sabah. SAHIH seharusnya sudah tiada pertikaian lagi diantara pemberontak dengan Kerajaan Malaysia sehingga mengakibatkan pertumpahan darah serta kehilangan nyawa seperti mana yang telah berlaku.

Sungguhpun demikian,masih belum ada tanda-tanda positif yang diberikan oleh pihak anggota keselamatan yang bertugas bahawa Pemberontak Tentera Sultan Sulu akan berundur dan menyerah diri. Berdasarkan kepada peristiwa yang telah meragut 8 orang anggota keselamatan negara komando 69 lalu,langkah berjaga-jaga masih lagi diambil terutama dari diperdsaya oleh pihakpemberontak seperti mana yang telah mereka lakukan didalam serang hendap yang kedua iaitu di Kg.Simunul Samporna pada sabtu lalu.


Friday 1 March 2013

LAHAD DATU : WIRA NEGARA TERORBAN



AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

Wednesday 13 February 2013

PENDAFTARAN BR1M 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MAC 2013






Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2013 | Ini sudah tentu berita gembira buat mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian sebelum ini. Ini kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik. Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250.


NOTA PENTING:
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) kini sudah lebih 7.3 juta permohonan diterima. Dalam pada itu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali. Bagaimanapun LHDN tidak terus membatalkan kedua-dua permohonan berkenaan dan pihaknya memaklumkan satu permohonan akan ketepikan, dan hanya satu permohonan akan diproses.


Saturday 9 February 2013

URUSAN NIKAH PATUT DI PERMUDAHKAN !


Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian

Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, maka kahwinkanlah aku dengannya.”


Wednesday 6 February 2013

AL-Fatihah Pelawak Dato Yahya Sulong meninggal dunia



Harini gugur lagi seorang bintang yang  pernah menghiburkan kita satu masa dulu dengan lawaknya.Dato Yahya Sulung ,85 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6.40 tadi di Hospital Kuala Lumpur.Berita ini diketahui umum apabila Presiden Seniman Zed Zaidi memaklumkan pemergian arwah di laman sosial Twitter miliknya dan turut disahkan oleh isterinya Datin Alisah Ali.

twitter zed zaidi

Beliau dimasukkan ke HKL  akibat kesihatan yang mendurum dan asma.Dato Yahya Sulung juga pernah berkahwin sebanyak empat kali dan dikurniakan 11 orang anak,6 cucu dan 2 cicit. Ramai juga yang tidak tahu bahawa beliau juga pernah menyertai pasukan polis dan berbakti menentang komunis pada tahun 1948.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya Teluk Intan,Perak.Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi permergian insan tersayang dan semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman  dan semoga  dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

SEMAK KEPUTUSAN BR1M 2.0


Pembayaran BR1M telah bermula sekarang, bagi anda yang belum mendapat surat/slipBR1M 2.0 lagi sila semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 1 Februari 2013 (Jumaat).  Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email ke belanjawan2012@treasury.gov.my atau emailkan NO IC anda ke  br1m2@treasury.gov.my

Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0.  Pendaftaran BRIM 2.0 akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak



 •   Isi rumah yang layak (RM500):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

                  > Berkahwin;

                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;

                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.

  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN

Monday 4 February 2013

LAMAN WEB KERAJAAN MALAYSIA KENA DEFACE FEBRUARI 2013

Salam semua,
Awal² pagi ni laman web kerajaan Malaysia dah kena hentam. Hehehe ini semua mungkin ada kena mengena dengan politik..heheh memang ye pun :P
tak perlu ckp banyak, jom kita ramai² saksikan





Atau korang boleh jengok sendiri di sini

Sape punya kerja la ni kan?  takpe yang penting tujuan dan matlamat dorang itu, ada kebenaran nye, walaupun desas desus mengatakan kos PSY di sponsor penuh oleh syarikat mega kat Malaysia ni. wallahualam. tengok la apa kata dorang lepas ni..

Wednesday 30 January 2013

Semakan Daftar Pemilih SPR Guna SMS Untuk Pilihanraya Umum Ke 13


Assalamualaikum,

Sudahkah anda yang layak mengundi mendaftar/berdaftar sebagai pemilih? Berapakah usia anda sekarang? Jika ada yang kurang faham, bagi rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas bolehlah mengundi. Bagi melayakkan anda mengundi, anda mesti mendaftar dahulu sebagai pemilih.

Daftar mudah dengan melalui SMS, ikut arahan seperti gambar di bawah.



TAIP >> SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO IC

dan HANTAR KE 15888

Semakan Daftar Pemilih Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia Online 

Fikirkan jika anda termasuk dalam golongan berikut:

  1. Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil peduli semakan daftar pemilih SPR
  2. Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
  3. 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
  4. 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih
p/s: Pilihan ditangan anda, daftar sekarang supaya tidak menyesal!

Cara Tukar Ganti Mykad Secara Online

Assalamualaikum,

 Pihak JPN telah memperkenalkan Sistem Gantian Mykad secara online bagi memudahkan rakyat Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kerosakan, kecurian ataupun penggantian biasa mykad.

Sistem Gantian Mykad ini boleh dilakukan dengan layari portal JPN seperti berikut:



  1. Layari Portal JPN (http://www.jpn.gov.my)
  2. Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php
  4. Paparan laman utama sistem adalah seperti yang tertera di bawah.



Klik gambar untuk besarkan  

Seterusnya ikuti arahan yang diberikan dan standby kad kredit di sebelah anda supaya urusan pendaftaran gantian mykad secara online dapat berjalan lancar.

Sistem Gantian Mykad secara online hanya beroperasi pada waktu tertentu, bukannya 24 jam. Harap maklum.


MAKLUMAN WAKTU URUSAN GANTIAN MYKAD SECARA ONLINE

Pembayaran melalui kad kredit sahaja. 


Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 10.00 malam
- Sabtu: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Ahad: 8.00 pagi hingga 8.00 malam




Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
1) Gantian cip atau kad rosak
2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
3) Gantian disebabkan kehilangan


Sekian, harap maklum.




(Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan terhadap sistem gantian Mykad ini, sila hubungi PRO JPN di talian 03-88807077/ 7071/ 7067/ 7069/ 8206.)

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)




Apakah Simpanan Persaraan 1 Malaysia ataupun singkatannya SP1M? Siapakah yang layak membuat simpanan ini? Apakah manfaat atau faedah yang diperolehi apabila anda menyertai skim ini?

Tujuan SP1M adalah sebagai satu saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri atau mereka yang tiada  pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan dan menzahirkan keprihatinan kerajaan kepada golongan ini melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.

Mereka yang layak menyertai SP1M adalah mana-mana individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap seperti pemandu teksi, penjaja, petani, nelayan, perunding bebas, golongan profesional dan lain-lain, surirumah, dan kakitangan perkhidmatan awam yang telah diletakkan di bawah taraf berpencen.


Resepi Puding Jagung








Assalamualaikum semua,

Sape yg minat & suka puding jagung?  saya dari kecik sampai la skrg, cukup ska makan..hehehhe so x yah banyak cite. kita tgk resepi puding jagung ok :)


Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 tin jagung tanpa krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/3 cawan susu cair
  • 3 suku cawan santan
  • Sedikit garam


Cara membuatnya:

Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (sehinga kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk. nak lagi best, simpan je dalam peti ais 2-3jam dulu..

Monday 28 January 2013

Al-fatihah : Siti Hajar Binti Ahmad Sabir








siapa Siti Hajar? beliau bukanlah keluarga atau saudara terdekat saya ,.bahkan saya tak pernah pun mengenalinya sebelum ini...tapi beliau adalah saudara seIslam saya..beberapa hari lalu berita tentangnya memenuhi ruangan facebook saya..di facebookla saya mula mengenali beliau, tapi sayangnya, saya mengenalinya sewaktu dirinya sudah tiada di dunia ini...sudah pulang ke Rahmatullah ..ternyata Allah lebih menyayangi beliau..subhana  Allah..ada sesuatu ibrah yang ade pada diri mujahidah ini yang boleh kita ambil iktibar...

rentetan hari-hari terakhir Siti Hajar ni saya kongsikan dripada blog sahabt baik beliau..Nadia mujahidah..supaya kita semua dapat mengambil pengajaran..Yakin Allah itu ada setiap waktu..mohonlah padaNya dengan yakin..sama-sama kita memperbaiki diri dengan meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa supaya kita sentiasa bersedia untuk dijemputNya...bila-bila masa sahaja..

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..mati itu pasti..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Arwah Siti Hajar dan menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman da bertakwa..amin

"Ya Allah, semoga kita semua di golongkan dalam kalangan orang yang diredhai olehMu..Ya Allah..sungguh ku tak layak ke syurgaMu, tapi ku tak sanggup ke nerakaMu..Amin Ya Rabbal Alamin...

Allahuakbar..
 

Saturday 26 January 2013

BANDUAN 650 - Dr. Aafia Siddiqui



 Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai. Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.



Wednesday 23 January 2013

SIAPA TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ?







 TAHUKAH ANDA?? KISAH INI BELUM PERNAH DICERITAKAN DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENDENGARNYA..

"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:




Saturday 19 January 2013

Ustaz Fathul Bari Kahwin di Thailand

Assalamualaikum W.B.T.

Minggu ini kita dikejutkan tentang berita berkenaan Ustaz Fathul Bari berkahwin dengan gadis Filipina di Thailand..... Surat nikah dan dokumen-dokumen nikah tersebar luas di laman-laman sosial dan juga blog-blog.


Dengarkan penjelasan dan pengakuan Ustaz Fathul Bari.



Kita dah dapat kepastian daripada tuan punya badan. Byk cawangan ye Ooostad ni :)


SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ FATHUL BARI





Friday 18 January 2013

MISTERI UiTM LENDU

PERINGATAN : Surah al-Mulk acap kali di pasang di kolej-kolej untuk melawan sebarang anasir hitam. Ya betul, ia dapat mencegah sebarang ancaman dan gangguan makhluk halus. 

Kisah ini adalah daripada seorang penulis UiTM Lendu, Melaka sendiri. Mari kita baca apa pengalamannyA

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


UiTM Lendu diganggu Puntianak dan Orang Minyak :


Mendapat info dari adik ipar yang sedang belajar di uitm lendu aku bahawa memang betul kehadiran org minyak dan puntianak di blok2 laki dan perempuan di sana.. keadaan agak seram di sana buat masa ini katanya lagi..

UiTM LENDU !!


Gambar penampakkan seorang perempuan berkebaya, berkain batik sedang menari.

Aku nak cerita sikit pasal orang kena rasuk dekat kolej aku.. Biasa lah you alls, kolej mana yang tak keras kan? Tak kesah lah kolej baru ke lama, semua berpuaka! Aktiviti rasuk merasuk, histeria kerap juga lah berlaku kat UiTM aku, UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.. Ada yang betul betul kena rasuk, ada juga yang buat buat dirasuk.. Entah apa motif dia pun aku tak tau lah.. 

Thursday 17 January 2013

OPERA 7.1 MAXIS NEW TRICK 2013



Salam aLL,
Semalam kezen saya call,cam la urgent sangat! nak gitau Maxis da block dia dr bertenet free, ian dia kan, so demi kezen tersayang saya pun mencari maklumat terbaru..dan taraaaaa!

 So tanpa berlengah masa lagi, Meh kita sama² share la apa yang ade ni..korg blh download opera kat bwah ni dan install ye.

NEW TRICK BUMI FREE INTERNET MAXIS AND CELCOM 2013




Salam semua mesti ramai yang tercari trick baru untuk internet free kan, Sememang nya terlalu banyak sekarang, cuma dapat bertahan atau x jer dgn samseng² AnaKonda Krishnan n C3LC0m yang gigih block. So kekawan cuba yang nie pulak ye.


Wednesday 16 January 2013

BL1M - BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA



Antara sebab utama kerajaan melakukan BL1M ini adalah kerana dikatakan ramai belia Malaysia tidak mempunyai lesen motosikal yang sah, sedangkan mereka kerap membawa motosikal. Menurut perangkaan dari hari ini hingga 10 tahun lepas, seramai 200,000 orang telah ditahan dan mereka tidak mempunyai lesen memandu.


TRICK OPERAMINI MAXIS ANDROID



Saya sebenarnya agak menyampah dengan Maxis sebab kegigihan mereka memblock trick-trick baru tak kiralah trick operamini mahupun trick bumi, kalau ada je cgi-cgi yang power, mesti kena block lepas beberapa hari.

Tetapi, disebabkan ada yang mencari trick-trick maxis kat sini dan demi tak menghampakan harapan pelawat-pelawat blog ni, saya akan sharekan satu trick operamini maxis yang dah lapuk untuk handphone android.

Tuesday 15 January 2013

LISTEN LISTEN LISTEN !!

Erk apa tu? tiba² je ayat ini  hangat di pertakan sekarang di mana-mana saja terutama di internet. Maybe Sang ketam cuba mengajar anak nya berjalan lurus? atau kucing,lembu,kambing dan jerung tengah belajar kelas bahasa inggeris? Hahahahahha

Meh kita saksikan ramai² ye



Monday 14 January 2013

Congo African Grey



Spesies Congo African Grey paling diminati kerana burung kakak tua itu boleh bercakap. Agak pelik tetapi itulah hakikatnya dan kajian saintifik mendapati spesies itu mempunyai memori yang sangat baik. Ia boleh merekod dan mengingati lebih daripada 700 patah perkataan.

Congo African Grey adalah spesies nominal bagi genus Psittacus erithacus. Ia boleh dijumpai di kawasan barat-tengah Afrika terutamanya dalam lingkungan 10 darjah ke utara dan selatan kawasan ini. Congo African Grey juga dikenali dengan nama Red Tailed Grey, dan jika di dalam pusat pembiakkan, ia dikenali dengan nama pendek CAG.


Saturday 12 January 2013

1BRIS dan Frog VLE


 

Salam semua, beberapa minggu lepas saya tertanya² menara apakah yang di bina di kawasan sekolah adik saya dan beberapa lagi sekolah di daerah ini. Bermacam² jenis andaian yang telah saya dengar, Tapi untuk memuaskan hati, saya mencari juga maklumat tentang menara ini.


Monday 7 January 2013

Cara-cara Cheat Pc Game





Bercakap tentang game, pernah tak korang bermain game tak kisahlah di PC, PS2/PS3 mahupun Xbox dengan manggunakan trainer ataupun cheat? Apa, tak pernah? nampak sangat menipunya..hehe. Pada kali ni saya akan kongsikan dengan korang tentang cara-cara macam nak buat cheat/trainer yang simple dengan menggunakan software Cheat engine.



Wednesday 2 January 2013

Resipi Durian Creepe

Teringin tul la nak makan durian creepe ni. tp tatau nk beli katne or nak suro sape buat. so cara paling sempoi, cari resipi pastue upload kat blog, then bg la sesapa yg faham tu tolong la buatkan..Hahahhahahaha. bley la...Pleaseeeeeeeeeeeeee






Tuesday 1 January 2013

MAXIS Trick Internet FREE mengunakan Opera Mini !!





Sebenarnya trick ni dh lama pn berkeliaran dgn bebasnya di ruang "angkasa raya"ni dan  rasanya memang dah ramai pn yg tau tpi masih ada yg confius ttg cara nk buat dgn btul dan tak bnyk tutorial bergambar yg ada di website. So, post kali ni saya tujukan khas kepada newbie2 dalam dunia ni..hehehe. Dah lama saya buat artikel ni tapi cuma untuk kegunaan pribadi & nk menunjuk2 kat member2 saja. Jadi saya copy paste balik je la..sebab tu qualiti gambarnya agk kureng..