Nuffnang

Saturday 12 January 2013

1BRIS dan Frog VLE


 

Salam semua, beberapa minggu lepas saya tertanya² menara apakah yang di bina di kawasan sekolah adik saya dan beberapa lagi sekolah di daerah ini. Bermacam² jenis andaian yang telah saya dengar, Tapi untuk memuaskan hati, saya mencari juga maklumat tentang menara ini.














dan taraaaaaa....apa yang saya jumpa sungguh menakjubkan. Sistem pembelajaran yang jauh lebih efisyen dan menarik bagi anak² kita tak lama lagi!

1BRIS bermaksud 1BestariNet Receiver Integrated System. Peralatan ini akan dipasang di sekolah tertentu sahaja.

Pada masa ini penggantian talian internet sekolah daripada TM School Broadband/VSAT kepada 1BestariNet sedang dijalankan oleh YTL Corporation. Berikut adalah info yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah.


  • Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai liputan YES, pihak vendor akan terus memasang Customer Premise Equipment  (CPE) iaitu Zoom. Peralatan CPE ini akan diintegrasikan dengan Rangkaian Dalaman (Network) sekolah. Bagi sekolah yang terlibat, pemasangan ini termasuk instalasi Antivirus Symantec. Instalasi Antivirus tidak meliputi semua komputer di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mengarahkan   Juruteknik Komputer/Penyelaras Komputer sekolah untuk melakukan instalasi Antivirus. Pihak sekolah boleh menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) jika talian internet di sekolah boleh digunakan dengan menggunakan CPE & Rangkaian (Network) sekolah
  •  Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai liputan YES, pihak vendor akan melakukan lawatan tapak. Pihak vendor akan meminta pihak sekolah mencadangkan tapak yang bersesuaian untuk mendirikan menara pemancar 1BRIS. Pihak sekolah adalah diminta untuk mencadangkan lokasi yang bersesuaian.  Namun, jika tiada lokasi yang bersesuaian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada vendor berkenaan.
  • Pada dasarnya setiap 1BRIS boleh dikongsi guna oleh 2 atau 3 buah sekolah yang berdekatan dengan jarak terbaik sekolah tersebut dari 1BRIS adalah kurang dari 2 km. 1BRIS mempunyai 3 pilihan jenis lokasi untuk dipasang dengan keutamaannya di atas bumbung, atas tangki air dan akhir sekali di atas tanah. Pihak sekolah boleh berbincang dengan pihak vendor untuk penetapan lokasi yang bersesuaian.

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

 Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas tentang projek 1BestariNet:

 


Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa  wayar  (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.

Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses  maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam  kalangan generasi muda ini.

Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
  • Mengakses platform frog VLE
  • Mengakses emel peribadi Yes
  • Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:



 APAKAH FROG VLE?



Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


2 comments:

  1. masyuk..dan kroni tetap kroniii...

    ReplyDelete
  2. masyuk amende? duit yg dikeluarkan pihak syarikat lebih daripada yg masuk tiap2 bulan oi. kena paw sana sini adalah

    ReplyDelete