Nuffnang

Wednesday 13 February 2013

PENDAFTARAN BR1M 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MAC 2013






Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2013 | Ini sudah tentu berita gembira buat mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian sebelum ini. Ini kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik. Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250.


NOTA PENTING:
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) kini sudah lebih 7.3 juta permohonan diterima. Dalam pada itu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali. Bagaimanapun LHDN tidak terus membatalkan kedua-dua permohonan berkenaan dan pihaknya memaklumkan satu permohonan akan ketepikan, dan hanya satu permohonan akan diproses.


No comments:

Post a Comment