Nuffnang

Wednesday 6 February 2013

AL-Fatihah Pelawak Dato Yahya Sulong meninggal dunia



Harini gugur lagi seorang bintang yang  pernah menghiburkan kita satu masa dulu dengan lawaknya.Dato Yahya Sulung ,85 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6.40 tadi di Hospital Kuala Lumpur.Berita ini diketahui umum apabila Presiden Seniman Zed Zaidi memaklumkan pemergian arwah di laman sosial Twitter miliknya dan turut disahkan oleh isterinya Datin Alisah Ali.

twitter zed zaidi

Beliau dimasukkan ke HKL  akibat kesihatan yang mendurum dan asma.Dato Yahya Sulung juga pernah berkahwin sebanyak empat kali dan dikurniakan 11 orang anak,6 cucu dan 2 cicit. Ramai juga yang tidak tahu bahawa beliau juga pernah menyertai pasukan polis dan berbakti menentang komunis pada tahun 1948.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya Teluk Intan,Perak.Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi permergian insan tersayang dan semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman  dan semoga  dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment