Nuffnang

Wednesday 16 January 2013

BL1M - BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA



Antara sebab utama kerajaan melakukan BL1M ini adalah kerana dikatakan ramai belia Malaysia tidak mempunyai lesen motosikal yang sah, sedangkan mereka kerap membawa motosikal. Menurut perangkaan dari hari ini hingga 10 tahun lepas, seramai 200,000 orang telah ditahan dan mereka tidak mempunyai lesen memandu.




FAKTA BL1M

Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
• Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
• Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali


OBJEKTIF BL1M

Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.


SYARAT PENYERTAAN BL1M
 
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja.
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.(9.0 pagi~9.00mlm)


BORANG ONLINE BL1M
Caranya, yang pertama sekali anda perlu daftar menerusi borang online yang disediakan disini Borang Online BL1M Selepas itu tunggu sehingga penganjur menghubungi anda. Untuk dapatkan kepastian, sila ke laman web BL1M sendiri disini [BL1M]

#Server BL1M mungkin akan kerap mengalami kesesakan, harap anda bersabar dan mencari masa terbaik untuk mendaftar secara online.

No comments:

Post a Comment