Nuffnang

Wednesday 13 February 2013

PENDAFTARAN BR1M 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MAC 2013






Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2013 | Ini sudah tentu berita gembira buat mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian sebelum ini. Ini kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik. Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250.


NOTA PENTING:
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) kini sudah lebih 7.3 juta permohonan diterima. Dalam pada itu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali. Bagaimanapun LHDN tidak terus membatalkan kedua-dua permohonan berkenaan dan pihaknya memaklumkan satu permohonan akan ketepikan, dan hanya satu permohonan akan diproses.


Saturday 9 February 2013

URUSAN NIKAH PATUT DI PERMUDAHKAN !


Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian

Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, maka kahwinkanlah aku dengannya.”


Wednesday 6 February 2013

AL-Fatihah Pelawak Dato Yahya Sulong meninggal dunia



Harini gugur lagi seorang bintang yang  pernah menghiburkan kita satu masa dulu dengan lawaknya.Dato Yahya Sulung ,85 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6.40 tadi di Hospital Kuala Lumpur.Berita ini diketahui umum apabila Presiden Seniman Zed Zaidi memaklumkan pemergian arwah di laman sosial Twitter miliknya dan turut disahkan oleh isterinya Datin Alisah Ali.

twitter zed zaidi

Beliau dimasukkan ke HKL  akibat kesihatan yang mendurum dan asma.Dato Yahya Sulung juga pernah berkahwin sebanyak empat kali dan dikurniakan 11 orang anak,6 cucu dan 2 cicit. Ramai juga yang tidak tahu bahawa beliau juga pernah menyertai pasukan polis dan berbakti menentang komunis pada tahun 1948.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampungnya Teluk Intan,Perak.Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi permergian insan tersayang dan semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman  dan semoga  dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

SEMAK KEPUTUSAN BR1M 2.0


Pembayaran BR1M telah bermula sekarang, bagi anda yang belum mendapat surat/slipBR1M 2.0 lagi sila semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 1 Februari 2013 (Jumaat).  Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email ke belanjawan2012@treasury.gov.my atau emailkan NO IC anda ke  br1m2@treasury.gov.my

Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0.  Pendaftaran BRIM 2.0 akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak



 •   Isi rumah yang layak (RM500):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

                  > Berkahwin;

                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;

                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.

  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN

Monday 4 February 2013

LAMAN WEB KERAJAAN MALAYSIA KENA DEFACE FEBRUARI 2013

Salam semua,
Awal² pagi ni laman web kerajaan Malaysia dah kena hentam. Hehehe ini semua mungkin ada kena mengena dengan politik..heheh memang ye pun :P
tak perlu ckp banyak, jom kita ramai² saksikan





Atau korang boleh jengok sendiri di sini

Sape punya kerja la ni kan?  takpe yang penting tujuan dan matlamat dorang itu, ada kebenaran nye, walaupun desas desus mengatakan kos PSY di sponsor penuh oleh syarikat mega kat Malaysia ni. wallahualam. tengok la apa kata dorang lepas ni..