Nuffnang

Sunday 30 December 2012

Resipi Kek Coklat


Asyik entri tentang blogging saja boring jugakan, apa kata kita share resepi kek coklat moist ni pulak. Pada sesiapa yang ingin mencuba resepi ni sila-silalah ya, lagipun cara membuat kek coklat moist ni senang saja…












Bahan - Bahan
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh  baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor
  secubit garam
2 biji telur Gred A
1 cawan minyak
1 sudu teh vanilla
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air panas


Sos

1 cawan susu pekat
5 sudu besar serbuk koko 
1 sudu kecil mentega

Cara Membuatnyer


  1. Masukkan telur dan gula kastor dlm mangkuk, kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan asin vanila juga garam, kacau lagi
  3. Masukkan tepung serba guna, tepung gandum dan serbuk koko, baking powder dan baking soda, kacau sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan air panas ke dalam adunan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  5. Last sekali tuangkan adunan ke dalam loyang yg dialaskan kertas minyak dan kukus sehingga masak.
  6. Untuk sos, campurkan semua bahan dan masak secara double-boiling, bila kek dah masak tuang je sos di atas kek. 

No comments:

Post a Comment