Gambar penampakkan seorang perempuan berkebaya, berkain batik sedang menari.
Aku nak cerita sikit
pasal orang kena rasuk dekat kolej aku.. Biasa lah you alls, kolej mana
yang tak keras kan? Tak kesah lah kolej baru ke lama, semua berpuaka!
Aktiviti rasuk merasuk, histeria kerap juga lah berlaku kat UiTM aku,
UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.. Ada yang betul betul kena rasuk, ada
juga yang buat buat dirasuk.. Entah apa motif dia pun aku tak tau lah..
Kolej aku kat UiTM tu
kolej baru, tapi baru baru pun, sama keras dengan yang lama.. haha!
Tapak lama kolej aku tu hutan, hutan kan? Mestilah ada penghuni kat
situ.. Tapi kejadian rasuk yang berlaku kat kolej aku ni bukan
disebabkan "penghuni" lain kat kolej aku tu.. Tapi disebabkan benda
lain..
Ceritanya macam ni,
malam tu aku kat bilik lagi.. Tetiba aku terdengar senior part 4 jerit
suruh semua budak part 1 turun.. Time tu pukul 11 malam kot.. Aku turun
lah, semua orang berkumpul kat belakang kolej.. Time aku jalan tu aku
ternampak banyak kereta kat surau berdekatan kolej.. Aku pun tanya lah
kawan aku yang dah turun lebih awal..
"Ape ke hal tu??"
"Kena rasuklah.. ape lagi.."
"Ouh budak kolej mana, laki ke pompuan??"
"Budak Kolej Tun Ali.. Perempuan lerr.."
Aku pun buat bodoh
laaa.. Lepas tu berkumpul, dengar lah senior berucap kat depan.. Time tu
semua tengah busy dengan latihan untuk Open Kolej.. Malam tu budak
budak yang masuk hakka kena buat latihan, budak dikir barat pun ada
latihan.. Cuma budak Citra Warna je tak ada latihan.. Aku budak Citra
Warna, so malam tu budak citra Warna relax tengok orang buat Hakka..
Sambil tengok orang buat hakka, mata aku pun menjenguk surau tadi..
Orang kat surau tu semua nak balik.. Dah habis menghalau lah kot.. Abang
senior yang handle Hakka pun baru balik dari surau tu..
Tengah syok tengok
orang buat hakka.. Tetiba macam kecoh kat satu bilik kat bawah.. Aku pun
pelik laaa...!! Tetiba abang yang baru balik dari surau tu suruh budak
hakka berhenti berlatih.. Dia cakap
"Korang nak naik bilik awal??"
Kitorang semua mesti lah nak kan.. masing masing pun dah penat, mengantuk lagi! Lepas tu abang tu cakap,
"Kalau korang nak naik awal, janji dengan aku..
jangan pergi bilik tu"
Kitorang semua pun
pelik lah.. Mesti ada orang kena rasuk ni.. Macam "benda" tu melompat ke
orang lain pulak.. Maybe sebab tu lah abang senior tu tak bagi pergi
bilik tu.. Tapi... tak ada orang pun nak dengar cakap abang tu.. semua
pergi serbu bilik tu nak tengok apa yang jadi.. Aku malas lah nak pergi
menyemak.. Tapi ada lah jugak menjenguk.. hahaha...
Keesokkannya time aku
nak pergi kelas.. Aku pun tunggulah kawan sekelas aku kat bawah.. Tak
lama lepas tu dia keluar, aku pun tanya lah kawan aku tu pasal budak
kena rasuk semalam sebab bilik dia dekat dengan budak yang dirasuk tu..
"Budak yang kena rasuk tu macam mana? dah okay??"
"Okay daaah... haaa kau nak tau cerita sebenar dia??
"Eh nak..! macam mana dia boleh kena rasuk??"
"Ni budak yang kena rasuk tu cerita balik tau..
Macam ni, semalam kan ada budak perempuan kena rasuk kat surau semalam?? Budak perempuan tu kena rasuk oleh SAKA dia
sendiri.. Lepas tu ada abang senior kita sebok nak tengok time
nak halau saka tu.. lepas saka tu dah keluar.. Saka tu ikut abang senior kita.. Time dia menuju balik kat kolej.. Budak lelaki yang
kena rasuk tu nampak Saka tu ikut abang tu.. Budak yang kena
rasuk tu dah buka HIJAB!!! so dia boleh nampak"
"Ouh my dior!!"
"Yelah! Time dia nampak saka tu ikut abang tu.. Saka tu perasan yang dia boleh nampak!! Budak yang kena rasuk tu pejam mata, then bila dia buka mata je Saka tu betul betul depan dia!! Jarak saka dengan budak tu satu inchi je kau tau!! Budak tu terus tersandar kat dinding.. Then lepas tu ada abang senior lain ternampak budak tu, abang senior tu terus bawa budak tu masuk bilik dia.. Budak yang kena rasuk tu cakap, time dia kena rasuk, dia kena bawa oleh saka tu kat dalam hutan.. Dia kena ikat kat pokok.. Dua hari dia kat dunia sana..! Tapi kat dunia sebenar satu jam je! Dia cakap Saka tu bawa dia ke Perlis, sebab saka tu cakap loghat orang Perlis.. Hhaha.. Dia boleh lepas dari ikatan time ustaz ubat dia.. lebih kurang macam tulah dia cakap.. Dia cakap lagi, muka saka tu sama dengan muka budak perempuan yang kena rasuk semalam.. Tapi tua sikit lahhhh.."
"ouh macam tu.."
Aku pun tak tau sama
ada nak percaya atau tak.. Tapi kalau betul macam mana?? entah lah..
Tapi kira berani lah budak tu sebab pergi buka hijab dia.. Entah apa
lagi yang dia nampak kan? haha.. SERAM!
p/s: Credit to lurzan,owner story!
No comments:
Post a Comment