Nuffnang

Monday, 14 January 2013

Congo African Grey



Spesies Congo African Grey paling diminati kerana burung kakak tua itu boleh bercakap. Agak pelik tetapi itulah hakikatnya dan kajian saintifik mendapati spesies itu mempunyai memori yang sangat baik. Ia boleh merekod dan mengingati lebih daripada 700 patah perkataan.

Congo African Grey adalah spesies nominal bagi genus Psittacus erithacus. Ia boleh dijumpai di kawasan barat-tengah Afrika terutamanya dalam lingkungan 10 darjah ke utara dan selatan kawasan ini. Congo African Grey juga dikenali dengan nama Red Tailed Grey, dan jika di dalam pusat pembiakkan, ia dikenali dengan nama pendek CAG.




Congo African Grey berbadan kelabu gelap dengan tampalan merah pada bahagian bawah ekor. Ia berukuran di antara 13 – 16″ (32.5 – 40.6 cm) panjang daripada paruh ke ekor dan berat di antara 400 – 650 gram. Kadangkala bulu berwarna merah dapat dilihat pada keseluruhan badan, dan variati ini dikenali sebagai Red Factor Grey.


 Congo African Grey  yang menakjubkan ini bukan sahaja cantik dan menarik, malahan ia juga senang untuk berinteraksi dan mempunyai sifat ingin tahu. Personaliti dan sifat ingin tahu burung ini akan menakjubkan dan mengembirakan pemiliknya. Congo African Grey tergolong di dalam kategori haiwan yang sangat bijak, menjadikan mereka haiwan peliharaan yang terbaik bagi penggemar burung parrot.

 Namun bagaimanakah spesis ini boleh bercakap atau meniru? Tanda tanya ini telah lama cuba dikaji oleh para saintis. Apa yang mengejutkan, jawapan yang ditemui kebanyakannya di luar kotak fikiran manusia. Bahkan, kajian yang dijalankan oleh Dr. Harvey J. Karten, pakar saraf dari Universiti California, San Diego, terhadap fisiologi Congo African Grey  menemui sesuatu yang menyimpang daripada kelaziman haiwan dalam keluarga burung.



Sebenarnya, Congo African Grey tidak mempunyai pita suara. Pita suara atau vocal fold adalah ‘mesin’ penghasil suara yang terletak di antara faring dan trakea. Untuk menghasilkan suara, pita suara harus bergetar ratusan hingga ribuan kali per saat. Getaran ini bergantung pada nada atau frekuensi perkataan yang dituturkan itu. Di sinilah sebenarnya sistem suara manusia dihasilkan. Soalnya, bagaimana burung yang berbulu berwarna-warni ini tidak memiliki pita suara, sedangkan ia boleh bertutur dengan begitu jelas?


Keupayaan haiwan ini berbicara seperti manusia sebenarnya didorong oleh syrinx, iaitu organ vokal burung. Syrinx terletak pada pangkal trakea burung dan fungsinya adalah mengawal aliran udara melalui tekak. Organ inilah sebetulnya yang membolehkan spesies ini mencipta bunyi-bunyian dan perkataan seperti bahasa manusia.

Keupayaannya tidak hanya dapat mengawal pergerakan otot pada bahagian tekak, satu hal menakjubkan yang ditemui mengenai burung ini ialah tentang keunikan lidahnya. Pakar percaya bahawa kemampuan lidah spesies ini didapati memiliki persamaan dengan lidah manusia.

Manusia secara saintifik menghasilkan bunyi dari larinks atau peti suara dan dapat diubah mengikut kesesuaian pergerakan lidah dalam mulut. Hal seperti inilah yang membantu kita mengucapkan huruf vokal dan konsonan dengan mudah, meskipun ada kalanya huruf tersebut rumit untuk diucapkan.

Gabriel Beckers dan rakan-rakannya dari Universiti Leiden, Belanda, kemudian tertarik untuk mengkaji apakah kemampuan lidah spesies ini juga sama seperti manusia. Ternyata hasil daripada pengamatan mereka mendapati, Spesis ini dapat menggerakkan lidah ke depan dan ke belakang ketika berbicara. Pergerakan ini diyakini berperanan menghasilkan kualiti vokal sehingga menjadikan burung berkenaan pintar meniru cakap manusia.


Lantaran keupayaan luar biasa itu, burung ini dihargai sebagai haiwan kesayangan sejak zaman purba hinggalah sekarang. Dalam teks tulisan Parsi kuno sekitar abad ke-13 menjelaskan bahawa, Congo African Grey adalah antara haiwan peliharaan kesayangan masyarakat Parsi pada ketika itu. Sebagai haiwan peliharaan, mereka cuba mengajar burung jinak ini bagaimana untuk bercakap.

Kaedah yang sering digunakan adalah dengan meletakkan cermin di antara jurulatih dan burung. Jurulatih akan bercakap di sebalik cermin dan burung tadi diajar untuk mengajuk serta meniru kata-kata yang diucapkan. Burung yang melihat wajahnya di cermin dipercayai akan berasa yakin bahawa dirinya sedang melihat dan bercakap dengan burung lain. Proses pembelajaran ini dikatakan sangat berkesan kerana burung ini didapati mudah belajar berkomunikasi apabila bersama dengan spesies yang serupa dengannya.

Ia juga memiliki kemampuan meniru apa saja bunyi yang didengari dan dianggarkan boleh merekodkan sehingga 2,000 bunyi berbeza. Tidak hanya itu, burung jenis ini juga tahu membezakan warna, mengumpulkan barang di satu tempat mengikut jenis warna dan menyelesaikan teka-teki. Kebolehan ini dikatakan tidak dimiliki oleh burung jenis lain. Tapi  bagaimana ia boleh meniru apa yang didengari dan seolah-olah tahu apa yang diperkatakan, bahkan mengucapkan perkataan yang diketahui tepat pada situasi dan masa?
 

Kajian neuron sains ke atas sel saraf spesies ini sekali lagi menjumpai sesuatu di luar dugaan. Rupanya, otak Congo African Grey memiliki fungsi yang sama dengan otak manusia. Seperti manusia, haiwan ini juga mempunyai otak bahagian depan yang terlibat dalam pembelajaran dan kawalan vokal.

Kemampuan mentaliti haiwan ini turut didapati memiliki persamaan dengan pemikiran kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Sebab itu mengapa burung ini suka mengajuk percakapan, melihat dan mendengar dengan penuh minat, bahkan belajar membentuk perkataan dengan hanya mendengar. Malah ia memerlukan perhatian dan penjagaan mirip yang mirip seperti seorang kanak-kanak pada usia sebegitu.

Cuma diingatkan, seperti juga kanak-kanak, anda harus berhati-hati memperkatakan sesuatu di hadapan Congo African Grey. Ucapan kurang enak dan tidak sopan perlu dielakkan kerana silap langkah burung ini akan mengajuk perkataan itu semula dengan nada yang kuat dan berulang-ulang. Ini kerana pemikiran burung yang menyerupai kanak-kanak ini tidak memahami apa yang diucapkannya. 

1 comment:

  1. Buy parrots online | Parrots for sale | Parrot and Eggs Breeder's
    Contact Us : birdsfarmsales@gmail.com | Call/ Text +1 646-535-7719

    We are license to export parrots and eggs to USA, Europe, Asia, United Arab Emirates, Oceania, Middle East. Our parrots are transported in secured cages and live parrots boxes. We also have available fertile parrots eggs for sale.

    Now available in stock are the following live parrots and birds for sale. We also have chicks from 1 day old up to 60 days old available in stock. Our parrots are free from the bird flu and vet checked. They are tamed and hand raised. They can serve as good pets and companions.

    Contact Us:
    Email us :birdsfarmsales@gmail.com
    Call/ Text +1 646-535-7719

    Buy African Grey Parrots online
    Buy Blue & Gold Macaw online,
    Buy Hyacinth Macaws online,
    Buy Cockatoo Parrots online,
    Buy Toucans online,
    Buy Caique Parrots online,
    Buy Conures online,
    Buy Falcon Birds online,
    Buy Amazon parrots online,

    Buy African Grey parrot eggs
    Buy Hyacinth macaw eggs,
    Buy Black palm cockatoo eggs,
    Buy Blue and gold macaw eggs,
    Buy Citron cockatoo eggs,
    Buy Gang gang cockatoo eggs,
    Buy Goffin cockatoo eggs,
    Buy Green wing macaw eggs,
    Buy Harlequin macaw eggs,
    Buy Hyacinth macaw eggs,
    Buy Major Mitchell cockatoo eggs,
    Buy Rose breasted cockatoo eggs,
    Buy Scarlet macaw eggs,
    Buy Umbrella Cockatoo eggs,
    Buy Scarlet Macaw eggs,
    Buy Sollomons Island Eclectus eggs,
    Buy Amazon Parrot eggs,
    Buy Finches eggs ,
    Buy Falcons eggs ,
    Buy Canaries eggs,
    Buy Conures eggs,
    Buy Electus Parrot eggs,
    Buy Senegal Parrot eggs,
    Buy Parakeets eggs,
    Buy Cockatiels eggs,
    Buy Hawk Headed Parrots,
    Buy Toco Toucan eggs,
    Buy Conures eggs,

    All our eggs are collected from very healthy birds in our Aviary , candle tested and 100% confirmed fertile for hatching healthy babies . We are now taking orders from those who are interested in raising up their own baby birds from the eggs stage.

    Its fun hatching your own baby(ies) from eggs and we will assist you in any way to hatch out your birds successfully.

    Contact Us:
    Email us :birdsfarmsales@gmail.com
    Call/ Text +1 646-535-7719

    ReplyDelete