Bercakap tentang game, pernah tak korang bermain game tak kisahlah di
PC, PS2/PS3 mahupun Xbox dengan manggunakan trainer ataupun cheat? Apa,
tak pernah? nampak sangat menipunya..hehe. Pada kali ni saya akan
kongsikan dengan korang tentang cara-cara macam nak buat cheat/trainer
yang simple dengan menggunakan software Cheat engine.
Apa yang korang perlukan adalah;
1)Software Cheat Engine(En. Google sedia membantu)
2)PC Games
Pada asalnya saya nak menggunakan game pinball saja sebagai sampel, tapi
entah macam mana, Windows 7 maha dewa ni takda pulak game tu. So, saya
terpaksalah menggunakan game yang lebih advanced iaitu Ghost Recond
Future Soldier. Untuk game ni, saya akan buatkan cheat supaya peluru
takkan habis(full ammo).
Caranya,
Buka game kegemaran korang, dan mainkan game tu kemudian 'pause'. Tengok
di bahagian ammo, ada tak ditulis bilangan peluru? Sesetengah game tak
ditulis, contohnya macam game Ghost Recond ni. Yang jenis ni, sila kira
peluru tu..
Sekarang Minimize game tu dan buka Cheat Engine. Selalunya korang boleh minimize dengan tekan kombinasi Tab+Alt di keyboard.
Selepas buka Cheat Engine, click di icon 'komputer' macam gambar diatas dan akan muncul 'message box' macam gambar dibawah.
Di 'message box' tu, cari game yang korang tengah mainkan tu. Double
click di game tu dan masukkan nilai peluru tadi. Contohnya, 14 dan click
'First Scan'..
Akan keluar beribu senarai berdasarkan nilai yang korang masukkan tadi.
Di sinilah cabaran bermula, korang mesti cari mana satu adalah nilai
peluru. oleh itu, korang kena tapis supaya senarai tadi menjadi sikit.
Minimize Cheat Engine dan buka semula game yang korang dah minimize tadi
dan cuba lepaskan sedas tembakan supaya nilai peluru berubah. Korang
boleh tembak berapa kali pun, tapi pastikan nilai peluru baru diambil.
Saya telah tembak sekali dan nilai baru adalah 13.
Pause game korang dan minimize macam step pertama tadi. Sambung semula Cheat Engine dengan memasukkan nilai baru.
Selepas tu, click 'Next Scan'..
Perhatikan senarai yang beribu tadi telah turun dengan mendadak. Ulang
proses yang sama sehingga korang cuma dapat 2 atau 3 nilai sahaja (kalau
dapat satu lagi bagus)
Pendek kata, setelah tiga kali try, saya berjaya mendapatkan senarai
yang sepatutnya. Sekarang double click list tu dan ia akan dibawa ke
bahagian bawah.
Tick dibahagian 'Frozen' dan double click di bahaian 'value'. Message
box macam gambar atas akan keluar. masukkan nilai peluru yang korang
nak.
Sebenarnya, dengan tick dibahagian frozen saja dah cukup sebab ia akan
'frozekan' peluru. Tapi korang boleh fullkan ammo korang dengan masukkan
nilai yang mengarut macam gambar diatas..hehe. Click 'OK' san minimize,
pastu sambung balik game korang, WOILAAA....
Cara ni cuma basic terutamanya kalau korang tak jumpa cheat ataupun
trainer korang asyik buatkan game hang..hehe. Sebenarnya banyak lagi
cheat yang korang boleh buat dengan Cheat Engine ni, pandai-pandai la
godek..
Sile komen kalau ada yang tak faham..
P/s: Tak semua game boleh guna cara ni.
bestlah msuk blognih mcmmcm ada
ReplyDelete