Nuffnang

Wednesday, 6 February 2013

SEMAK KEPUTUSAN BR1M 2.0


Pembayaran BR1M telah bermula sekarang, bagi anda yang belum mendapat surat/slipBR1M 2.0 lagi sila semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 1 Februari 2013 (Jumaat).  Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email ke belanjawan2012@treasury.gov.my atau emailkan NO IC anda ke  br1m2@treasury.gov.my

Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0.  Pendaftaran BRIM 2.0 akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak



 •   Isi rumah yang layak (RM500):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

                  > Berkahwin;

                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;

                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):

       (i)       Warganegara Malaysia;

       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.

  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN

No comments:

Post a Comment