Nuffnang

Tuesday, 5 March 2013

HUGO CHAVEZ (1954-2013)


Hugo Chavez (1954-2013) 'champion of the oppressed' telah pergi berehat selama²nya.

Ketika Israel mengebom Lubnan dalam tahun 2006, Chavez lah yang menghantar pulang Duta Israel ke Venezuela. Chávez lah yang menyamakan Israel dengan Nazis. Chavez lah yang menuntut Israel dihadap ke International Criminal Court. Ketika perang Gaza 2008-2009, Chavez lah yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Pada 27 April 2009 Chavez lah yang mengiktiraf Palestin dan mengadakan hubugan diplomatik dengan Palestinian Authority. Pada 29 November 2012, Venezuela di bawah Chavez lah yang mengundi supaya Palestin diberi observer status di United Nations.

Chavez lah yang membantu orang susah, dan datang dari keluarga miskin (bukan bangsawan) -

"The facts speak for themselves: the percentage of households in poverty fell from 55% in 1995 to 26.4% in 2009. When Chávez was sworn into office unemployment was 15%, in June 2009 it was 7.8%. Compare that to current unemployment figures in Europe. In that period Chávez won 56% of the vote in 1998, 60% in 2000, survived a coup d'état in 2002, got over 7m votes in 2006 and secured 54.4% of the vote last October. He was a rare thing, almost incomprehensible to those in the US and Europe who continue to see the world through the Manichean prism of the cold war: an avowed Marxist who was also an avowed democrat"

BILA AGAK-AGAKNYA KITA DI SINI AKAN MENDAPAT SEORANG NEGARAWAN SEPERTI INI, YANG KEMATIANNYA BENAR-BENAR DITANGISI?


http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2013/mar/05/hugo-chavez-people-venezuelan-president
Belasungkawa:

Hugo Chavez (1954-2013) 'champion of the oppressed' telah pergi berehat. 

Ketika Israel mengebom Lubnan dalam tahun 2006, Chavez lah yang menghantar pulang Duta Israel ke Venezuela. Chávez lah yang menyamakan Israel dengan Nazis. Chavez lah yang menuntut Israel dihadap ke International Criminal Court. Ketika perang Gaza 2008-2009, Chavez lah yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Pada 27 April 2009 Chavez lah yang mengiktiraf  Palestin dan mengadakan hubugan diplomatik dengan Palestinian Authority. Pada 29 November 2012, Venezuela di bawah Chavez lah yang mengundi supaya Palestin diberi  observer status di United Nations.

Chavez lah yang membantu orang susah, dan datang dari keluarga miskin (bukan bangsawan) - 

"The facts speak for themselves: the percentage of households in poverty fell from 55% in 1995 to 26.4% in 2009. When Chávez was sworn into office unemployment was 15%, in June 2009 it was 7.8%. Compare that to current unemployment figures in Europe. In that period Chávez won 56% of the vote in 1998, 60% in 2000, survived a coup d'état in 2002, got over 7m votes in 2006 and secured 54.4% of the vote last October. He was a rare thing, almost incomprehensible to those in the US and Europe who continue to see the world through the Manichean prism of the cold war: an avowed Marxist who was also an avowed democrat"

BILA AGAK-AGAKNYA KITA DI SINI AKAN MENDAPAT SEORANG NEGARAWAN SEPERTI INI, YANG KEMATIANNYA BENAR-BENAR DITANGISI?

http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2013/mar/05/hugo-chavez-people-venezuelan-president

Monday, 4 March 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH

BREAKING NEWS!! Serangan Besar-besaran Terhadap Penceroboh #LahadDatu Dilancarkan!! #Pray4Sabah

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

ARMOUR PERSONNEL CARRIER


Operasi Pembersihan di Kg Tandou oleh ATM telah bermula dengan serangan udara (AIRFORCE BOMBINGS) & menggunakan APC (ARMOUR PERSONNEL CARRIER). Minta semua mendoakan keselamatan pasukan keselamatan negara kita!!

PENGAKUAN SULTAN SULU !!!!! SAHIH SABAH MILIK MALAYSIA !!!!!

Apa perlunya menuntut negara yang sudah maju .. mengapa tidak kita fikirkan sulu yang masih mundur, mereka cuma ingin mengambil kesempatan diatas kemajuan Sabah yang secar terangnya sudah pun menjadi milik Malaysia. 

Semangnya kerajaan Malaysia masih lagi membayar ufti sebanyak RM5300 yang bersamaan dengan Peso 73,0000  kepada ulama Ukah di Jolo. 

Pada pandangan peribadi baginda juga,mengesahkan hanya KIRAM sahaja yang berhak untuk bercakap tentang Sabah, termasuk lah filipino juga tidak berhak untuk bercakap dan menuntut Sabah dari Malaysia. 

Jadi mengapa perlu kia kecoh-kecoh yang menuntut Sabah,sedangkan kehadiranya di Sulu pada ketika waktu ditemubual oleh wartwan mystar adalah dengan niat untuk memajukan Sulu yang telah lama tidak menerima pembangunan. 
 
 
Video temubual yang sudah cukup dijadikanbahan bukti kepada mereka yang masih berkeras untuk terus memberontak didalam bumi Sabah. SAHIH seharusnya sudah tiada pertikaian lagi diantara pemberontak dengan Kerajaan Malaysia sehingga mengakibatkan pertumpahan darah serta kehilangan nyawa seperti mana yang telah berlaku.

Sungguhpun demikian,masih belum ada tanda-tanda positif yang diberikan oleh pihak anggota keselamatan yang bertugas bahawa Pemberontak Tentera Sultan Sulu akan berundur dan menyerah diri. Berdasarkan kepada peristiwa yang telah meragut 8 orang anggota keselamatan negara komando 69 lalu,langkah berjaga-jaga masih lagi diambil terutama dari diperdsaya oleh pihakpemberontak seperti mana yang telah mereka lakukan didalam serang hendap yang kedua iaitu di Kg.Simunul Samporna pada sabtu lalu.


Friday, 1 March 2013

LAHAD DATU : WIRA NEGARA TERORBAN



AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

Wednesday, 13 February 2013

PENDAFTARAN BR1M 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 15 MAC 2013






Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Mac 2013 | Ini sudah tentu berita gembira buat mereka yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian sebelum ini. Ini kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik. Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250.


NOTA PENTING:
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) kini sudah lebih 7.3 juta permohonan diterima. Dalam pada itu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali. Bagaimanapun LHDN tidak terus membatalkan kedua-dua permohonan berkenaan dan pihaknya memaklumkan satu permohonan akan ketepikan, dan hanya satu permohonan akan diproses.


Saturday, 9 February 2013

URUSAN NIKAH PATUT DI PERMUDAHKAN !


Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian

Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, maka kahwinkanlah aku dengannya.”